Day 1 : Sepetang di Philip Island,Victoria.

Well baru jumpa penemuan terbaru yang boleh update blog dari phone je. Hahaha. Noob gila baru nak jumpa kan. Lagi senang dan mudah sebab gambar pun mostly ada dalam phone. Semoga lebih rajin ye dok. So nak sambung trip Aussie.

Malam 30 November tu bertolak dari KLIA2 flight Air Asia X pukul 10.30 malam. Petang tu dah berkumpul and gerak ke airport. Sebabnya kitorang ramai kan so baik lah gerak awal sikit senang nak handle. Sempat dinner McD dulu before check in. Sebab nya hanya order inflight food untuk esok pagi senang sebab nanti dah sampai Melbourne mana nak tau macam mana lagi kan. Flight duration selama 8 jam. Hahaha. Dulu flight KL-Dubai pun 8 jam jugak time nak pergi umrah tapi naik Emirates yang besar, inflight entertainment superb makanan pun superb. So, terasa la jugak sakit nya badan naik Air Asia ni. Nasib baik malam so boleh tidur je whole flight. Elok pulak badan penat kerja terus shoot pergi airport.

 


Sampai kat Melbourne Tullamarine Airport pukul 10.30 waktu tempatan. Sementara nak tunggu bag pun dah makan masa apatah lagi immigration dia. Fuhhh memang strict okay. Makanan apa semua kena declare tu declare la untuk taknak bagi masalah kat airport. Apa yang tak boleh bawak tak payah la bawak contohnya bijiran, dairy product, buah. List ni boleh cek sendiri dekat Aussie punya immigration website. Tapi time kami senang ja lepas. Suruh beratur anjing datang hidu lepas. Takde lah beria kena bukak semua kotak and beg. Knowing Malaysian ni takut punya orang. Cakap takleh bawak memang tak bawak. Dispilin kahkah. Setel semua ni pun dah dekat pukul 12 lebih. So keluar dari airport a few people pergi ambil kereta sewa.

 


Sementara menunggu tu lepak airport dulu la main Wi-Fi free. Update orang yang tersayang upload gambar apa semua hahaha. Elok pulak sakit perut terus nak pergi toilet. Maka bermulalah kemurungan sebab toilet takde air. Paip apa semua takde. Totally tisu. Aku ni bab ni memang failed sikit. Nasib ada botol air so memang isi air siap-siap kat sink luar and bawak masuk toilet. Maka bersahabat baik lah aku dengan botol kosong sepanjang trip. Hahaha

Ikut tentative, kitorang akan straight ke Philip Island. Perancangan nya kat Philip Island tu akan pergi tengok Koala kat Maru Koala Farm, The Nobbies and Penguin Parade tapi kita hanya mampu merancang 🙃. Sebanyak 5 kereta sewa (or should I say van). Mula-mula tu memang konvoi tapi tak sampai 20 minit dah hilang satu sama lain. Tu yang penting nya kena pandai baca navigation. Or at least ada yang pandai nak guna dalam kereta. Sebab dah set Navi ke Philip Island kita terus shoot. Ada 2 kereta yang dapat gollow sekali yang lead nya bukan main laju bergerak. Lama jugak dari Melbourne Airport nak ke Philip Island. Perjalanan amik masa 2 jam 30 macam tu.

 


Highway Aussie ni bukan macam kita ada RnR bagai boleh makan. RnR dia ada toilet pun cukup baik dah. Jalan pun straight je kiri kanan ladang lembu, tapi view memang lawa. Masing-masing dah lapar last makan pun dalam flight. Kita baru sampai kan mana nak tau kat mana nak cari makan. Based on my research (wahh research hahah) dekat Chocolate Factory tu ada cafe yang jual halal food. So terus shoot ke sana. Malang nya diorang ni tutup awal. Kitchen diorang dah tutup time kaki sampai tu. Around 5 something kot. 

 


Disebabkan dah lost dengan kereta lain kitorang survive jela sama-sama sendiri. Mula la nak fikir eh diorang pergi hostel dulu ke? Kenap tak jumpa sedangkan diorang jalan dulu. Macam-macam la. Last-last decide pergi Maru Koala sebab based on itinerary itu first stop so bajet diorang ada kat situ. Rupanyaaa kami yang dah sampai dulu diorang sesat. So jalan jela sendiri. Konvoi ramai-ramai memang payah. Nak masuk Maru Koala ni pun dah tak boleh sebab dioramg tutup pukul 6. Lagi 30 minit sebelum tutup so rasa tak berbaloi. Lagipun nak tengok Koala and Kangaroo je aku takdelah excited sangat. Hahahah 

 

Disebabkan lapar gila rasa macam nak buat maggi je lah sebab ada bawak maggi cup. Tu yang paling senang. Kebetulan ada sorang ni Cik Taty pergi beli air panas kat cafe diorang. Dia bawak flask besar and kena charge 2 AUD. okay la kan. Aku pun bawak la 5 cup maggi nak suruh isi air panas. Konon-konon kalau kena charge 2 AUD untuk semua pun ok dah lapar kan. Sekali dia charge 1 AUD untuk satu cup!!!! Amboi bukan mainn tau orang lapar. Habis nak buat macam mana bayar jela. Dok berzikir jela "jangan convert jangan convert dalam hati".

 

Leas tu kitorang teruskan perjalanan ke The Nobbies. Tak jauh pun dalam 20 minit gitu sebab The Nobbies ni memang betul-betul dekat Philip Island tu. So macam naik jambatan yang menyeberangi ke Island. On the way to berhenti kat Summerlands macam look out point la. Kat sini lawaaa sangat view Subhanallah. So berhenti ambil gambar lah apa lah. Penuh gak la memory kat sini. Hahah. Sebabnya nak tunggu geng yang lain tu sampai. 

 


 


Dekat Summerland ni memang banyak penguin liar berkeliaran. Rezeki kitorang dapat tengok dekat-dekat and cikgu sorang ni dapat tangkap Penguin. Hahaha. Dia buat macam tangkap ayam je. Mama pun berani pegang Penguin. Aku memang tak berani la sebab dia liar kan kang cakar ke melompat ke ahhaha takmo lah. Tengok dari jauh je.

 

Lepas dah puas bergambar kat situ stop jap dekat Formula one circuit tapi dah tak boleh masuk pun ambil gambar dari luar je. Lepas tu terus shoot ke The Nobbies. Dah petang tu rupanya cuaca makin sejuk yeee. Siang tu bisa je la macam chill dok dalam shopping mall gitu. Dah petang tu (actually pukul 8 lebih) memang sejuk menggigil kau! Nasib bawak jugak sweater bagai walaupun katanya Summer. Hahah tapi baru nak masuk Summer memang sejuk. 
 

View kat The Nobbies ni lagi lah cantik sangat. Sunset pun fuhh. Tapi selain dari orang nak layan view dioramg prefer masak air and makan maggi. Hahaha lapar katekoo. Tengah-tengah layan view diorang suruh balik sebabdah nak sunset sangat and nanti Penguin nak lalu. Lagipun malam banyak binatang keluar so bahaya yeka kangaroo wallaby semua mana la pandai nak lintas tengok kiri kanan kan.

 

 


Kitorang decide untuk tak pergi pun tengok Penguin Parade. Tadi dah dapat tengok Penguin. Lagipun buat apa nak bayar mahal-mahal tengok penguin terkedek-kedek. Bahahha. I dont mind sebab nama pun trip bajet. Baik duit tu simpan buat shopping kan. Hahahaha

Lepas pada tu terus la balik ke Hostel. Konon nya nak masak kat hostel je sebab masing-masing memang bawak peralatan nak masak. Kitorang akan tidur kat Melbourne Metro YHA untuk 2 malam. Sampai hostel dah agak lewat dengan penat and lapar nya. Tiba-tiba management YHA kata tak boleh masak??? Pelik kan. Apahal pulak dah nama pun hostel and memang ada dapur. Dah lah rude. Sory to say, pengalaman YHA Melbourne punya front desk memang rude.
 

So, takpela check in and masuk hostel. Nasib baik puas hati. Disebabkan kitorang berempat satu family dapat la duduk satu bilik. Clean and tidy. Toilet dia pun puas hati. Nak masuk toilet akan guna access card. So takdelah laki masuk toilet perempuan and such. The most important thing dapat free wifi so boleh upload instagram. Yahoo. 

 


Disebabkan lapar and taktau nak cari makan mana sebab kat sini kedai memang tutup awal. Mall ke apa tutup pukul 6 and kedai makan 9 dah tutup. Mama bersikap kreatif dengan rendam paket Brahim's dalam air panas kat sink. Hahahah. Maka menu kami malam itu (dah 1 pagi pun) adalah Nasi Lemak Brahim. Bermulalah perjalanan hidup bersama Brahim. Hahah. Staff YHA siap cakap tak boleh masak even masak air pun dalam bilik. And yang lagi lawak sembur perfume or deodorant pun tak boleh sebab nanti trigger fire alarm. Seriously dude 😒. 

So tidur lah kami dengan niat nak bangun awal. Esok the whole day akan ke Great Ocean Road pulak. 

Comments

Popular Posts