Day 2 : The Great Ocean Road

Itinerary untuk hari kedua ni adalah ke The Great Ocean Road. Perjalanan yang diambil dari YHA (hostel) ke pintu gerbang Great Ocean Road (GOR) mengambil masa kira-kira tiga jam. Tu baru sampai pintu gerbang ye. Plan asal nak gerak seawal mungkin dalam pukul 7 nak gerak sebab kononnya nak city tour pulak. Tapi disebabkan kepenatan semalam tidur pun lewat dengan long flight lagi ada yang pukul 7 baru bangun. So alang-alang lambat takpela breakfast dulu kat common area hostel. Macam biasa lah makan cereal and roti bakar je mampu. Lepas breakfast masing-masing pun bergerak ke GOR.

Common hall Melbourne Metro YHA
 
 Banyak tempat yang boleh pergi sepanjang GOR ni so adviseable untuk spend the whole day kat sini. Kalau sewa kereta sendiri lagi best sebab kita jalan ikut masa kita so takla rushing kat satu-satu tempat tu.
Gambar from google. Antara tempat yang boleh pergi. Tapi aku tak dapat pergi semua.
Sepanjang perjalanan macam biasa la disajikan dengan pemandangan yang indah dan menarik. Disebabkan masuk kereta je kebanyakan orang tido so aku menahan mata jela temankan driver kesian dia drive sorang-sorang di jalan yangg lurus itu. Hahahah tapi untung what. At least boleh tengok view yang lawa. Satu lagi sebab kenapa tak boleh tido sebab aku kena tolong baca GPS. huhuhuhuu.


 



Sebelum sampai kat pintu gerbang tu lagi kitorang dah stop kat a few places untuk ambil gambar. First stop kat Port Philip. Sebelum sampai tu nampak ada signage yang kata road to GOR tutup sebab ada event basikal. So macam mana nak pergiii OMG dahlah jauh dah jalan takkan datang for nothing. Jalan start bukak balik pukul 1. Time tu baru pukul 11 lebih nak tunggu rugi masa sebab jauhh kan lagi perjalanan. So kitorang berhenti dekat tourist information centre ambil map pastu dia cakap boleh pergi tapi kena divert jalan lain. So, kitorang terpaksa skip laluan tepi laut yang sangat cantik tu. Sedihnyaa tapi better la dari tak dapat apa-apa kan. A few places yang xdapat berhenti such as Kennet River. Takpe we lose some we win some (kena ke perumpamaan ni? haah).

Apa ni? HAHA

Along the way tu ada lalu rumah api, aku tak ingat apa nama tempat ni arghh short memori betul. Turun bergambar kat tepi laut tu. Dengan kawasan rumah yang sangat cantik tepi laut. Bestnyaaa lah kan. Mampu berangan jela. Kalau kat Malaysia rumah tepi laut camtu memang hangat nak mampus la.
 




With my sis
Sampai nya kat Memorial Arch kitorang turun ambil gambar. Memorial Arch ni adalah pintu gerbang nak ke GOR tu la. Ada la monumen yang diorang buat waktu kali pertama balik dari perang and buka k jalan GOR ni. Bergambar-gambar then teruskan perjalana ke Apollo Bay. Target nak lunch and solat kat situ. Dengar nya ada satu restoran fish n chp halal yang famous dan sedap kat situ so masing-masing dah excited nak makan tambahan pulak perut lapar.

Pintu gerbang GOR


The delishhh fish n chip
Sampai je Apollo Bay masing-masing melompat pergi toilet and nak pergi restoran ILUKA tu. Nampak dah signboard tu. Malangnyaaaa kedai tutup haritu. Apala nasib kitorang haritu. Dahlah terpaksa take a longer route nak makan kedai pulak tutup. Sebab yang katanya halal kedai tu je so macam kecewa sikit. Jalan punya jalan jumpa kedai seafood so terus masuk makan. Kitorang order fish n chip for 4 person hanyalah 40AUD. For me its cheap dengan syarat jangan convert la. Kat sini makan berdua je pun dah dekat RM40. Ni dahlah besar and sedap. Ada la a few restoran halal kat sini. Kalau nak cari halal jakim tak dapat la ye. Pepandai la adapt kat negara orang.

Ladang kambing biri-biri je pun.
Dah selesai makan and solat kitorang teruskan perjalanan ke 12 Apostle. Nak pergi sini yang macam jauh kan. Sampai parking kereta then jalan ke seberang parking tu (ada laluan dia) then baru la nampak 12 Apostle nya. Kat depan parking kereta tu ada jugak tempat untuk naik heli pusing sekitar GOR. Sounds interesting tapi limited time and bajet. Kitorang sampai tu pun staff-staff heli tengah berkemas and nak tutup. Lewat jugak la kitorang kat situ dalam pukul 5 lebih maybe. Thanks god, its summer. Hhahhaa.
Nice view
12 Apostle


One of the batu-batuan

My little family
 Bila tengok 12 Apostle tu subhanallah. Memang la dia hanyalah batu yang terhakis dek ombak laut tapi the view memang woww sangat. Worth every journey that you took nak sampai ke situ. Sakit bontot ke badan duduk dalam kereta tu terubat macam tu je. Cerita nya batu-batu tu originally nya memang bukan 12 pun tapi based on bible i think (correct me if im wrong). Sekarang pun batu-batu tu dah tinggal 7/8 je. Tak puas nak bergambar kat sini sebab semua angle semua tempat lawa. Mmemang spend time lama sikit kat sini.


 



 




Lepas tu kitorang bergerak pulak ke Lord Arch Gorge kat mana berlakunya shipwreck sebab sangkut kat antara dua batuan tu. Emm so not good at explaining this thingy. Let pictures tell the stories. Hahahhaa. Dekat sini boleh turun ke bawah untuk pergi kat laut tu and boleh nampak lebih jelas la rock erosion tu. Tapi kena turun tangga yang sangat tinggi. So untuk menjimatkan tenaga tengok dari atas jela hahaha. Boleh mandi gak kat sini tapi sejuk mak nokss.
Loch Arch Gorge



Nampak langit pun dah macam nak gelap time tu. Dalam pukul 8 macam tu so kitorang rush ke London Bridge nak tengok sunset kat situ. Cuaca pun dah remang senja angin kuat gila. Sejuk sampai menggigil okay. Tapi dah sampai punya pasal takkan la takmo turun kan. Gigihh bergambar walaupun sejuk. Muka rasa kering sebab angin kuat sangat. Then kitorang terus balik ke Melbourne sebab perut pun dah lapar and esok perjalanan jauh lagi taknak sampai lewat sangat. 

Nah baca sendiri kenapa nama dia London Bridge
London bridge is falling downn


Cherry from Ayuni
Sampai hostel dalam pukul 12 jugak la weh. Tak mengantuk memang la sebab beza masa 3 jam. Malaysia baru pukul 9. Hahhaha. Memula janji ngan my friend Ayun nak jumpa petang tu. Little did I know mana sempat nye nak berjalan kat GOR setengah hari je, Hhahhha. Disebabkan lapar mama menderhaka masak dalam bilik hostel. Minda mesti kena cekap kalau tak nak lapar. Hahaha. Pastu Ayun bawakkan ceri fresh dari kebun. Sedap gilaa okay mengkal-mengkal buah dia. Thank you yunyun.

Lama gila x jumpa pam. Last time amik SPM. LOLS
 Disebabkan kelaparan Ayun bawak gi makan kat Oz Kebab. Sedangkan time tu dah pukul 1 tapi kedai kebab elok je bukak. Kebab dia sedapp and besar. Walaupun 9 dollar tapi makan dua orang pun kenyang gila. Paling best snack pack. One pack of daging kambing sahaja (depends la nak chicken ke beef ke lamb ke). Marvelous and kitorang simpan untuk breakfast esok. Jauhh lagi perjalanan kan.


Dah muah-muah Ayun naik hostel pack barang sebab esok nak check-out ke Thredbo pulak. Tercapai la hasrat nak jumpa Ayun di bumi oz. Hehehehe.


To be continue...

Comments

Popular Posts