Day 3 : Queen Vic market, Brighton beach and route to Thredbo

Target harini nak bangun seawal 6 pagi sebab nak pusing-pusing Queen Victoria Market. Tapi pukul 7 lebih jugak terbangun. Badan penat kan. Konon nak bangun awal dapat la pusing lama sikit sebab lepas tu nak bergerak ke Thredbo pulak. Jarak perjalanan nak ke Thredbo tu lebih kurang 600km jugak dekat-dekat 6 jam. Tu kalau tak berhenti langsung kan so kalau boleh taknak la gerak lewat sangat. Dah siap-siap packing barang and masuk kan dalam kereta janji yang akan berkumpul balik pukul 11. 

My officemate
Boleh pulak terjumpa officemate kat sini. Dia pergi Melboune awal sehari pastu tak dapat nak contact. Boleh pulak terjumpa kay Queen Vic market ni hahaha.


 

Kitorang jalan kaki je ke Queen Vic market sebab memang dekat dengan hostel. Lebih kurang 3 block je nak sampai. Sampai-sampai wahh best ok market ni bukan hanya sekadar market. Mula-mula masuk terus cari tempat jual baju-baju nak beli untuk souvenier. Jumpa satu kedai ni Indonesian lady. Murah jugak compared to kedai lain lagi-lagi bila beli banyak dapat lah diskaun kan. Mula-mula tu beria la dok speaking bagai. Last-last terkeluar jugak "Sebentar ya buk saya kasi kira yang ini dulu' hahahahah lawak ok.

 

 

 


 

Nak cari barang-barang local memang kat sini la tempatnya. Dari buah, makanan, beg kulit, souvenier everythimg is here. Dan yang penting murah. Takde lah beli souvenier semua kat sini sebab nak save untuk belanja kat Paddy Market, Sydney nanti. Dan jugak ni baru hari ketiga oi. Ada lagi 5 hari hahhaha. Dah pusing-pusing tengok dah pukul 11. Rushing balik hostel. Kita sebagai orang yang menepati waktu taknak la kalau lambat orang tunggu kita kan. Tapi biasalah timing melayu. Sampai kat kereta berapa kerat je yg ada. Ni je la tak best bila travel ramai-ramai. TIMING!.

 

 

Lepas dari tu kitorang pergi pulak singgah ke Brighton Beach bathing boxes. Ala rumah yang kaler-kaler tu. Kira macam kalau pergi Melbourne tak pergi sini macam tak lengkap la kan. Singgah la kejap walaupun takde apa kat sini. Dahlah panas gila and parking mahal. Tapi rezeki kitorang time aku dok tanya-tanya orang kat mana nak bayar parking (takut kena saman) sekali ada abang sorang ni cakap amik je tiket dia sebab dia beli tiket 24H. Dia kata nanti kalau aku keluar bagi orang lain pulak. Konsep sedeqah gitu. Alhamdulillah dahlah hensem kahkahkahkah.

Nak bergambar beria pun tak berapa semangat sangat sebab panas. Hello pukul 1 lebih kot time tu. Dahlah sesat nak ke situ. GPS Tunjuk jalan dah betul tapi tak habis. Kite ni nak terus je sepanjang laut tu takut salah rupanya dah nak sampai sangat. Hampir dah ingat  nak teruskan perjalanan ke Thredbo je tapi sebab takut team lain tunggu kitorang dahlah takde sape pun yang subscribe internet or number sana. Menarik la tapi rumah warna warni tu. Rumah-rumah tu pun macam private property orang-orang kaya kat situ untuk diorang tukar baju kalau mandi laut.

Illama at rest area
On the way nak ke Thredbo tu diorang nak singgah dulu makan kat kedai arab tapi kitorang nak teruskan perjalanan sebab fikir jauh lagi ni weh. Lagipun dah memang masak naik siap-siap and lauk Brahim pun ada nanti makan kat RNR je. Itupun dah dekat pukul 2 baru gerak. Lewat sangat dah. Masing-masing lupa yang highway kat Aussie ni bukan macam Malaysia ada lampu RnR bagai. Jauh pulak tu hahhaha. Dah bermacam-macam posisi tidur dan duduk dah. Kali ni boleh tidur sebab 400km straight je. Kau rasa? Hahahha. Sempat la kami singgah RnR untuk lunch. RnR dia bebetul ada toilet, pondok 2 3 ketul and banyak-banyak parking lot. Ada sekali tu siap ada Illama lagi oi hahaha punya ladang.

Cantik kann
Waktu dah hampir senja nak terkencing sangat masing-masing so nampak ada lagi rest area. So stop situ and kebetulan terjumpa lagi 2 kereta. So, decide nak regang-regangkan badan and gerak sekali nanti. Rest area tu tepi tasik masyaAllah lawa sangat. Ramai-ramai tengah picnic and beraktiviti. Memang budaya diorang waktu cuti je spend time dengan family berekreasi instead of masuk mall. Subhanallh the view the feeling memang best sangat. Dah nak senja tu (pukul 8 lebih) kitorang teruskan perjalanan.

Masing-masing minyak kereta dalam satu bar lebih macam tu so takut minyak tak cukup. Cari la mana ada stesyen minyak along the way ost of them tutup. So cari la stesyen minyak yang berdekatan walaupun kena masuk kampung sikit. Too sad semua tutup! Kampung-kampung tu pun gelap je and sunyi takde kereta lalu lalalng memang sunyi betul. Sedangkan time tu baru pukul 9 lebih. So masing-masing tawakal jela semoga sempat sampai Thredbo.

Perjalanan tak semudah yang disangka. Jalan kecik dan berpusing-pusing. Imagine jela jalan nak pergi Bukit Fraser tu tapi lagi kecil dan lagi curam dan juga lebih berbengkang bengkok. Scary ye. Dengan cikgu yg drive tu masyaAllah memang kecut perut mak noks. Dahlah jalan gelap gila memang takde lampu jalan ke apa. Kereta pun xde. Nak tegur takut hahaha so diam jela brek guna kaki kat seat belakang lol. Lama jugak jalan yang macam tu dekat sejam oi. Nasib bukan jenis mabuk kalau tak memang muntah dah dalam kereta, Boleh pulak nak terkencing tapi mana tempat nak berhenti kan. Rest area pun gelap sebab dah dalam hutan. Koschiuszko National Park dah masuk so nak ke Thredbo tu je. This is really ane xperience lah.

Yang paling sedih biasala malam-malam time binatang liar nak keluar. Mula-mula ada Koala melintas kitorang sempat elak. Koala tu maybe dah lari tapi dia kan slow so terkedek-kedek je. Kali kedua terlanggar jugak seekor sebab dia tiba-tiba terus keluar dari hutan maybe dia nampak cahaya. Kesiannnn :(. Ada satu lagi kereta terlanggar Wallaby. Huhu tu lah bahaya nya bila travel malam kawasan sini. Itu jugak adalah 30km terlama pernah aku rasa sebab nak tahan kencing.

Sampai je hotel terus cari toilet. Toilet pun tak jumpa main amik kad akses ke bilik tumpang toilet. Kau bayangkan receptionist pun dah tido main tinggal kad je. Hahahah. Sampai pun dah lewat almost 12. Nasib bilik lawa dan sejuk gilaaa. Kalau sampai awal mesti lagi best. Perjalanan nak sampai hotel tu thrill dia memang tak akan dilupakan samapai bila-bila.

Naik bilik mandi konon nak makan maggi. Tu pun xlarat dah. Terus tido sebab penat duduk dalam kereta. Lagipun keesokan hari nak mendaki so I need enough rest. Adik-adik aku dok pot pet aku dah masuk alam mimpi. Zzzzzz


Comments

Popular Posts