Happy New Year 2017 :)

Hai kembali bersiaran di tahun 2017. Hahhaha macam biasa azam tak pernah kesampaian adalah nak update blog selalu. Though nobody are going to read my blog tapi nak tulis jugak untuk catatan masa hadapan. So entry backdated pun tadehal. Janji ada kenangan kan.

Tengoklah entry new year pun setelah sebelas hari. Apa la nak jadi. Apa-apa pun semangat kena tinggi dan jitu. Hahhaha

Alhamdulillah masih bernyawa di tahun 2017 ni. Bukan ke tu lah yang paling penting. Alhamdulillah semua orang yang aku sayang masih bernyawa dan kekal di sisi. Jatuh bangun diorang tetap ada. Boleh kata 2016 adalah tahun yang best bagi aku. Dah kerja Alhamdulillah, mungkin tak gah and gaji tak besar mana tapi cukup untuk buat hidup gembira. Dapat kawan-kawan kerja yang okay, (kawan ye bukan semua org kat office hahha).

Kebanyakan azam-azam tahun 2016 aku tercapai. Target nak menyimpan RMXXXX berjaya. Istiqamah okay, aktiviti shopping pun dijimatkan. Target nak melancong oversea Alhamdulillah dapat jugak.Walaupun plan lain, bercuti ke lain. Allah tu kan sebaik-baik perancang. Btw, trip ni mesti nak kena blog. Janji-janji janjiii. Actually, bukan apa, Laptop keyboard rosak nak bukak tulis password pun tak lepas apatah lagi nak tulis blog. Ni pun pinjam laptop orang. Hahahah.

Banyak sangat benda best sampai rasa tahun 2016 tu cepat sangat berjalan. Most of my times dipenuhi dengan pelbagai aktiviti. So memang sampai nak tulis dlm blog pun tak sempat nak catch up. Siapa la yang nak sangka aku boleh involve dengan aktiviti2 lasak. Yes memang minat tapi fitness? Alahai kena pusing padang kat Jenan dulu pun nak menangis. Nak lari 200m pun semput tapi tak sangka kan kalau kita tak push.

Tahun 2016 jugak belajar kenal dunia hutan, bawak load, camping tido dalam hutan, trekking dalam kebasahan, belajar guna toilet dalam hutan (this is the hardest thing everrr). Join running 15KM done wuhooo. Tahun ni target lebih banyak hutan dan marathon yang dapat diconquer InsyaAllah.

Tahun ni jugak makin kenal erti kasih sayang <3. Thank you tetap ada dengan I sampai sekarang and doanya sampai bila-bila. Its a long journey but lets pray that it will worth every second. Hehhehe.

Looking forward for many adventure and memory that im going to create this year. 25 years old already not that young, but always young at heart :)

Happy New Year may everyone have an enjoyable year ahead.

Comments

Popular Posts