Day 4 : Menuju ke puncak Mount Kosciuszko (2228m)

Phew, lamanya ambil masa nak sambung entry. Hahhaha dasar pemalas. Kehidupan makin fast forward, entry tak update maka makin banyak la cerita yang tertangguh-tangguh dalam To Do List. 
Okay long story short, sambung cerita Australia.

Hari ke-4 bangun pagi dengan semangat nak mendaki walaupun badan penat Tuhan saja yang tahu. Hahaha lepas mandi breakfast lah seperti biasa Nasi Lemak Brahim's (muak oiii). Telan jugak la sebab fikir nak mendaki banyak pakai tenaga kan. Disebabkan malam tadi aku dah masuk alam mimpi awal maka breakfast tu aku buat jugak Maggi sebab teringin. Lewls. Siap-siap packing barang terus check out sebab lepas hiking akan teruskan perjalanan ke Sydney. Rugi sangat rasa hotel cantik di tempat yang cantik gila tapi betul-betul untuk tidur je. Huhuhu. This is the bad things about going to so many places at short time.

Ada benda yang best terjadi haritu yang takkan dapat kulupakan sehingga harini. Nak type  ni pun rasa nak tergelak lagi. So van-van semua park depan lobi hotel untuk kitorang loading barang. So masing-masing bergambar lah kat resort yang cantik ni. Ambil gambar dengan banner bagai pastu dah nak siap-siap ke starting point hiking semua pun masuk la kereta. Kereta pun bergerak la ke parking untuk hiking. Elok je kereta uturn ke jalan besar aku dengar bunyi gedebuk gedebuk continously. Guess what... bonet tak tutup gaisss. Elok je bertaburan beg beg tu sederet. Kau bayangkan la kereta uturn kan, dah macam penghadang jalan dah. Adoii lawak sangat-sangat.

Dah sampai kat tempat pendaftaran tu Cikgu Shahrul setelkan tiket masuk kami apa lagi selfie sampai lebam. Elok pulak kat situ ada Wi-Fi masing-masing memang tak lepas la dari handphone nak update kepada orang-orang yang tersayang. Tempat ni dahlah subhanallah cantik sangatt. Tempat ni kalau musim winter tempat untuk ski resort so boleh imagine la macam mana. Waktu tu adik aku cakap ada snow kat puncak. Aku cakap merepek la sebab sekarang ni musim Summer diorang. Tapi memang nampak la memutih kat puncak tu.

Naik Chairlift

Dah warming up sikit-sikit kitorang pun ready nak hike. Dari starting point kat bawah naik chairlift berempat sampai ke tempat nak hike. Sebab sekarang tengah musim summer ramai yang buat aktiviti Mountain Biking. Naik chairlift sampai atas pastu naik basikal turun perghh best gila kot. Memang la nama summer tapi sejuk gila kot. Sia-sia je nama kawasan Snowy Creek kan. Sampai je atas weh subhanallah the view is mesmerizing. Aku takleh nak describe macam mana and yes there`s snow up there!! Excited plus jakun la kitorang. Baru nak start hike dah sejuk gila. Aku pulak berlagak, konon hiking mestilah berpeluh, panas takyah la nak pakai thermal ke sweater ke sekali amik. Sejuk sampai rasa susah bernafas, hidung pun macam takde.

Nak start hiking disajikan dengan ni

Mount Kosciuszko ni adalah one of the highest summit in 7 continents in Australia. Masa mula-mula dengar ketaq oi tapi sebab naik chairlift almost half of the journey macam lega sikit. Trek pun clear gila jalan atas trek besi yang memang well maintained ditambah pulak dengan view yang lawa seluas mata memandang. Too bad takde igstory time tu kalau tak dah ambik video hahaha. Trek 17km je ke puncak tapi sebabkan banyak berhenti ambil gambar amik masa 3 jam jugak nak ke puncak. Look-out point je berenti 10 20 minit nak bergambar. Kat tempat salji je jakun dah berapa lama. Hahahha. So far ni memang hiking paling enjoy, paling banyak gambar dan paling tak mental. Gambar sini saja mauu seribu aku rasa.





Orang lain takde pun nak bergambar sakan macam kitorang. Pada dia hike tu macam pusing tasik Titiwangsa je. Pastu kita je beria windbreaker bagai diaorang relak je short singlet siap dukung bawak anak lagi. Hahahahha. Sampai kat lookout point first. Lake Cootapamba. Weh cantik sangattt. Nak nangis rasa huhu. Kebesaran Allah kan. Time ni rasa memang rasa Alhamdulillah diberi peluang nak tengok tempat yang cantik macam ni.



Dah puas bergambar sini berhenti dekat Rawson Pass Lookout point sebab nak terkucill. Even toilet dia pun alah picture worthy jugak. Hahaha. Sebabnya comel dia buat mcm hobbiton house. Sebelum teruskan perjalanan pun kitorang berhenti ambil air kat air yang mengalir tu dah lah sejuk sedap pulak huahuuahua memang nak minum saja rasa.



Perjalanan lepas dari ni mencabar sikit sebab kena lalu snowy punya laluan. Kita punya equipment sah-sahla tak berkaitan dengan snow. Kasut memang basah saja jela kena dek salji tu. Pastu bayangkan jalan atas salji, kau jalan 2-3 tapak mendap ke bawah macam bila nak sampai niii. Dah nampak dah puncak dari bawah. Hahhahaha. Tapi sebab jakun best jela jadinya.



Haruslah sempat feeling-feeling main salji kan. Bila lagi kau nak merasa salji. Aku punya imagination salji ni macam lain tau tapi bila pegang la macam ais kepal je pun. Hahhahaa. Kebas-kebas gak la tangan main salji. Dengan ada yang  nak bervideo slide la, video depa-depan tangan la lewls. Akhirnya sampai gak kat puncak. Puncak dia takde apa sangat pun berbatu-batu dan banyak lalat (summer duhhh). Tapi view dari atas tu subhanallah :)


Bukti dah sampai puncak Kosciuszko. Hihi
Ada yang bawak roti la brahim la nak makan kat puncak. Aku bawak cherry yang ayun bagi sebagai bekal hihi. 

Muka penat keteww :P
Here I am at the top of Mount Kosciuszko :)
Kat puncak tu kami tak lama-lama pun sebab first taknak lewat sangat. Pukul 4 lebih chairlift punya service tutup so kalau taknak jalan kaki lama menurun ke bawah sila la cepat. Lagi pulak lepas tu nak terus ke Canberra so memang taknak dah malam dalam perjalanan sebab nanti tau jela jalan Aussie ni. Dah serik dari kejadian malam semalam. So memangg rushing. Sampai bawah, pergi kat kereta and rendam-rendam kaki dalam air yang sejuk gila. Pastu kitorang solat je tepi parking kereta. 

Then, we off to Canberra city. Tak ingat makan kat mana tapi we did stop somewhere along the journey untuk makan sebab nasi dah memang siap masak.Tinggal nak bukak lauk Brahim je lol. Lagipun Thredbo ke Canberra hanya 2 jam je. Kat Canberra nanti la cerita next post. Hihi semoga rajin.







Comments

Popular Posts