Day 5- Melawat bandar Canberra dan Perjalanan ke Sydney

Setibanya dari Thredbo di Canberra kitorang terus pergi ke Canberra City YHA. Sebabnya tak daya dah oi badan berpeluh dengan penat nya sebab straight dari hike terus gerak ke Canberra. YHA kat sini memang betul-betul dekat tengah city. Lagipun Canberra itself takdelah besar mana pun. Kecik je bandarnya pastu macam sunyi je. Hahahha sebab Canberra ni adalah pusat pemerintahan Australia. Sebab dia terletak tengah-tengah antara dua bandar besar iaitu Melbourne dan Sydeny. Canberra ni lebih kurang macam Putrajaya je. Hahahha.

Kereta kitorang yang first sampai sebab kitorang memang terus gerak awal. Taknak sampai malam sangat tu pun time sampai dah gelap-gelap sikit. Around 9 kot. Sampai setel check in pergi toilet apa semua terus turun sebab nak pusing town. Sebab time check-in nampak diorang sediakan direction untuk pergi Coles (macam tesco) sebab dekat sangat boleh jalan kaki je. Selang 2 blok dah sampai David Jones but too bad memang sah-sah la dah tutup kan. So jalan la pergi Coles sebab nak cari beras and sayur. Nak cari barang makan sikit-sikit. Pastu borong coffee yang sedap dan murah. Serious sedap i tell u dari hari pertama beli dekat stesen minyak sedap sampai bila jumpa je beli. Setanding starbucks walaupun murah je. Lupa nak amik gambar huhuhu

Tercapai lah cita-cita untuk jalan-jalan kaki gi mart kahkah ada cita-cita camtu kan. Time pergi tu pun memang kedai dah nak tutup. Pastu malam tu pulak lepak-lepak ngan adik aku makan maggi kat common hall dia. Killing time haha. Bolehla lepak-lepak sikit malam tu sebab sampai hostel awal tak rushing, pastu keesokan hari pun xde la nak keluar awal sangat.

 




The next day, bangun bersiap nak check out and ke Sydney pulak. Yahooo. Aku rasa dalam banyak-banyak tempat Sydney paling teringin nak pergi. Maybe sebab dulu kecik-kecik Sydney jela yang famous nya dengan Opera House bagai. Hahaha. Breakfast roti bakar and cereal as usual hahhaa. Nasib baik ada Aunty Tati buat nasi goreng. Hewhew lega tekak melayu i. Tapi cereal kat sini best sikit la sebab banyak option. Lepas breakfast decide nak pergi jalan-jalan dulu kat shopping mall nearby. Walaupun x mampu nak beli pape jadilah jalan-jalan cuci mata. Dapat la shopping baju coton on 2AUD. Hhahha.

 

Dah pusing-pusing around pukul 9 gerak ke Sydney. Sebab dah malas nak konvoi sebab confirm berpecah jugak so masing-masing gerak la sendiri. Nanti jumpa je dekat Sydney YHA. On the way to Sydney berhenti la jap kat attraction yang ada kat Canberra. Ada yang pergi museum sebab diorang taknak jalan-jalan dekat mall.

 
Parliament House

Attraction yang ada pun memang tak banyak lah. Kitorang stop kat Parliament House untuk bergambar. Pastu teruskan perjalanan ke Sydney. Sampai je Sydney macam shocked sebab Sydney punya city sangat sangat busy. Hotel kitorang pulak memang tengah-tengah bandar Sydney. Sydney Metro YHA, nama pun dah tau kan memang betul-betul seberang jalan hotel ni adalah Metro station. Kat Sydney kitorang akan stay 2 malam.

The worst part is kitorang jalan pakai navigation kan pastu ada jalan yang tutup. Pastu dia punya signboard sangat-sangat la confusing. Nampak dah dari jauh tapi tak tau jalan mana yang boleh bawak kitorang ke lorong tu. Memang rasa fed-up sangat-sangat. Sekali dah pusing berpuluh kali sampai aku boleh hafal nama-nama kedai dekat corner-corner jalan yang kitorang lalu. Sekali jalan yang kitorang ingat No Entry (sebab ada signboard) tu rupanya boleh je masuk dan sampai. Huwarghh. Parking dahlah mahal and takde parking yangg betul-betul depan hotel yang boleh parking tanpa disaman.

Seberang hotel je

Sampai check in and benda pertama sekali adalah makan. Huahuahua. Lapaq oi. Sementara nak tunggu yang lain. Seriously, semua orang sesat. Jalan Sydney sangat la confusing dan busy. Memang haritu macam moody sikit. Waktu gi cari parking lepas tu nak datang balik hotel diorang sesat. Weh dahlah tak pandai pakai navi sebab selalu aku yang set. Nasib baik ada adik aku yang pandai jugakla. Berejam jugak nak tunggu sebab lepas tu nak ke Opera House. Adoii. Opera House cerita next entry :)


 

Comments

Popular Posts