Day 5 : Sydney Opera House dan menyelusuri Darling Harbour.

Oh ye sebelum terlupa, YHA Sydeny ni walking distance je dengan Paddy Market. A well known market untuk beli souvenier murah. Some people said that souvenier kat sini cheaper compared dengan dekat Victoria Market. So, takdelah beria membeli kat Melbourne sebab nak beli dekat Sydney pulak kononnya hahaha. Sekaliii, tutup dek oii hari Isnin dan Selasa. Kecewa gila sebab kitorang rabu dah nak gerak balik ke Melbourne.

 
 

Setelah kebosanan menunggu, sampai pun kereta-kereta tu. So, terus set navigation gerak ke Sydney Opera House. Kitorang parking kereta dekat basement Opera House tu sendiri. Rate parking mahal ya amat. Tapi, kitorang redha je sebab takde tempat lain dah nak parking.  Nak parking merata tak berani sebab sini memang bab-bab saman pantas dan effisyen. Tutup mata jela. Ada dekat ratus gak parking after convert. Hahhaa.

See nampak kepala orang je. Haha

Naik dari parking ke atas tu dan tersergam la dengan indah Sydney Opera House yang selama ni tengok je dalam movie. Anyway, haruslah expectation tak sama dengan realiti. Punya la cari angle yang cantik nak nampak kita je dengan Opera House tu. Tapi tidak ye, penuh dengan kepala orang je. Hahhah ramai yang lepak-lepak tepi laut tu (laut ke?) sambil minum ada macam bar. Berhempas pulas la nak bergambar kasi lawa. Malam tu pulak ada show kot kat Opera House so ramai la yang dress up berlari-lari anak nak kejar masuk hall. Hahahha.

 
 
Harbour bridge

Lepas dah give up nak bergambar, kitorang decide nak pergi Darling Harbour. Jalan kaki sikit bertentangan dengan Opera House tu pergi kat stesen Circular Quay. Nak naik feri menyelusuri Sydney city. Hhahah giteww. Time tu dah petang memang ramai orang baru balik kerja. Rushing kitorang sampai situ dapatlah tiket pukul 7 p.m. ke Darling Harbour. Dari atas feri ni lagi lah bestnya nampak Opera House lagi cantik dan jelas. Tengok bangunan-bangunan tinggi dari atas feri. Ada stop dekat Luna Park tapi kitorang tak pergi atas faktor masa.

Luna Park Entrace

 
 
 

Sampai dekat Darling Harbour, jalan-jalan pusing sekeliling. Actually boleh jalan kaki ke Circular Quay tu tapi tak sanggup mak. Kaki memang dah penat jalan banyak sangat. Huahua. Ada Madame Tassauds, aquarium tapi semua tak  masuk sebab dah tutup. Kat sini kan pukul 6.00 p,m, je semua pakat tutup. Tapi kalau bukak pun tak berapa nak masuk jugak sebab save budget. Kahkahkah.

 

 

Dah malam tu pusing-pusing nak cari kedai makan. Berpusing cari halal food yang of course bukan Kebab ye sebab muak dah. Hahahaha ada restoran halal tapi under 18 tak boleh masuk. Habis adik-adik aku nak makan kat mana. Exclusive nau restoran kau. Pastu jumpa group members lain tengah makan kat satu restoran arab ni. Apa lagi join jela. Harga standard pricing halal food la. Satu meal dalam 20AUD macam tu. Kitorang baru nk ingat amik 2 meals je kongsi sekali waiter tu cakap satu meal boleh makan sampai 4 servings sebab banyak. Kitorang macam okla cukup-cukup kami berempat. Memang banyak ye, so setel makan. Ada yang waiter tak gtau ha buntang makan satu meal sorang. Hahhaa.

 

Time nak balik tu berkira-kira nak naik feri balik ke Circular Quay ke macam mana. Time lepak-lepak petang tu nampak ada train so why not try naik train pulak kan. Ada yang nak naik Feri sebab nak tengok Opera House yang cantik berlampu-lampu waktu malam. Menapak la mencari stesen train agak jauh jugak la 15minutes maybe. Saja nak try punya pasal kan. Jalan tempat orang ni senang je mulut tu kena ringan kan bertanya. Confirm sampai tempat yang dituju. Jakun gak uolss naik train 2 tingkat. Walaupun laju bebeno sekejap je dah sampai Circular Quay. Train ni pun lalu je depan hostel kitorang tapi kereta nak bagi sape pulak bawak balik kan. Hahahha. Time ni kaki aku memang dah melecet habis dah. Kasut memang pakai elok sebab dah prepare takut tumit melecet tapi peha pulakkk melecet. Ni memang kelemahan aku kalau jalan jauh long hours camni. Huhu seksa noks.

Harbour bridge diwaktu malam.

 

Otw balik tu nampak la jugak pemandangan Opera House waktu malam kan. Pastu terus kitorang direct balik hostel sebab memang dah penat lesu semua. Boleh pulak navigation buat hal!!! Dia punya gps macam tak dapat detect. Berbekalkan ingatan yang kuat time dah sesat berpuluh kali tu sampai okay. Kitorang tengok ada satu menara jam so macam target jalan mesti ke arah situ. Pergh bangga dia lain macam la sebab sampai tanpa guna Navi. Macam bandar Sydney ni aku yang punya. Huahua.

My fav picture, Opera House and Harbour Bridge in one picture

Sampai hostel bersihkan diri and main wifi jela update gambar. Malam pun dah lewat nak jalan-jalan pusing. Pub banyak la. Lagipun dengan kaki melecet dengan esok nak jalan lagi baik aku rehat jela. Hihi.

Comments

Popular Posts